Polisi Privasi

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana kami mengurus dan melindungi data peribadi. Data peribadi adalah maklumat mengenai orang yang hidup, termasuk maklumat pengenalan, maklumat identiti dan maklumat lain yang telah diproses bersama perkhidmatan Zaid Ibrahim & Co. Sepanjang Notis ini, “kami” merujuk kepada Zaid Ibrahim & Co dan "Pihak KPMG" merujuk kepada kami, sebagai firma ahli rangkaian KPMG (terdiri daripada rangkaian global firma-firma perkhidmatan profesional bebas), dan setiap dan semua rakan kongsi, ahli, pengarah, pekerja dan ejen kami, berdasarkan mana-mana yang berkenaan, bersama-sama dengan mana-mana badan atau entiti lain yang dikawal oleh kami atau dimiliki oleh kami atau bersekutu atau bergabung dengan kami dan setiap dan semua rakan kongsinya, ahli, pengarah, pekerja dan ejen, dan “Pihak KPMG” bermaksud salah seorang daripada mereka.

Secara amnya, anda tidak perlu menyerahkan sebarang data peribadi kepada kami, tetapi atas tujuan-tujuan yang anda telah berinteraksi dengan kami secara dalam talian atau di mana anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mungkin memerlukan anda untuk memberikan data peribadi tertentu agar kami dapat memproses permintaan tersebut. Kami juga mungkin meminta kebenaran anda untuk penggunaan tertentu data peribadi anda, dan anda boleh bersetuju atau menolak penggunaan ini. Jika anda memilih untuk komunikasi tertentu, seperti surat berita elektronik, anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa dengan mengikut arahan yang disertakan dalam setiap komunikasi. Dengan menyerahkan data peribadi anda sendiri, anda mengesahkan bahawa anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penzahiran data peribadi kami mengikut Notis ini. Tanpa prejudis kepada mana-mana perkara di atas, jika anda memberikan data peribadi mengenai mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda memberi jaminan dan bersetuju bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca dan memahami sepenuhnya Notis ini dan telah memberikan persetujuan kepada anda untuk menzahirkan data peribadinya kepada kami bagi pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penzahiran oleh kami seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Dilarang menghantar sebarang data peribadi kepada kami jika anda tidak mahu ia digunakan dengan cara ini.

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, sila dapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada kami. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul maklumat sedemikian daripada kanak-kanak di bawah 18 tahun tanpa pengesahan kebenaran ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Jika anda percaya kami mungkin mempunyai sebarang maklumat daripada atau tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa kebenaran ibu bapa, sila hubungi kami di maklumat yang diberikan di bawah.

1 Data peribadi yang kami kumpul

1.1 Sepanjang perkhidmatan kami, anda boleh memberi data peribadi anda kepada kami, sebagai pelanggan atau pihak lain yang terlibat dalam urusan kami. Data peribadi anda juga mungkin diberikan oleh seseorang bagi pihak anda, di mana kami akan menganggap sehingga diberitahu sebaliknya, bahawa anda telah membenarkan penzahiran data peribadi anda kepada kami. Data peribadi yang kami kumpul termasuk:

  • nama anda, butiran kenalan (fon dan alamat e-mel)
  • organisasi/syarikat, jawatan, industri, lokasi negara

Secara amnya, kami tidak mengumpul sebarang data peribadi yang sensitif. Jika perlu, persetujuan anda akan diperlukan sebelum anda memberikan kami data peribadi yang dianggap sebagai sensitif.

1.2 Apabila anda menggunakan laman web kami, anda tidak perlu memberikan sebarang data peribadi di kawasan awam laman web kami. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk memberikan kami maklumat dengan menghubungi kami, termasuk untuk langganan penerbitan kami, makluman pelanggan dan acara pelanggan, dan untuk pertanyaan atau permohonan kerjaya.

2 Di mana kami mengumpul data peribadi anda

2.1 Kami mengumpul data peribadi anda apabila, sebagai contoh, anda menyerahkan di laman web kami, pertanyaan tentang perkhidmatan yang kami sediakan atau mendaftar untuk acara yang kami anjurkan. Jika anda sebelum ini adalah pekerja firma kami, rakan kongsi, perunding, pelatih dalam kamar dan/atau pelatih atau, kami juga mungkin mengumpul data peribadi anda apabila anda mendaftar sebagai ahli alumni.

2.2 Kami mungkin mengumpul data peribadi anda:

  • yang anda berikan kepada kami melalui pelbagai saluran termasuk di laman media sosial dalam bentuk pertanyaan, mesej atau komen, borang dalam talian, borang fizikal dan/atau e-mel;
  • dikumpulkan melalui penggunaan teknologi seperti kuki, suar web dan teknologi lain yang serupa apabila anda melawati laman web kami.
  • yang anda berikan kepada kami apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami, melawat premis kami atau menghadiri mana-mana acara korporat atau acara pihak ketiga kami;
  • dikumpul melalui sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan untuk pemprosesan dan penzahiran data peribadi yang berkaitan dengan anda, dan/atau jika dibenarkan secara sah.
  • daripada sumber awam.

3 Untuk apa kami menggunakan data peribadi anda

3.1 Kami hanya menggunakan maklumat anda berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan Zaid Ibrahim & Co., termasuk:

  • untuk memberi anda penerbitan dan komunikasi pelanggan yang kami fikir anda akan dapati berharga;
  • untuk menjemput anda ke acara yang kami fikir anda akan berminat;
  • untuk menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami kepada anda dan pelanggan kami;
  • jika anda merupakan pelanggan kami yang sedia ada atau berpotensi untuk menjadi pelanggan kami atau rakan niaga, untuk menjalankan pemeriksaan dan saringan Kenali Pelanggan Anda (Know Your Client (KYC));
  • untuk menguruskan hubungan kami dengan anda dan pelanggan kami;
  • kewajipan undang-undang kami, melindungi kepentingan dan hak undang-undang kami;
  • untuk tujuan pengambilan dan tujuan perniagaan lain yang sah.

3.2 Data peribadi anda tidak digunakan untuk tujuan-tujuan lain, melainkan kami mendapat persetujuan anda, atau melainkan dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan. Kami tidak menjual atau sebaliknya menjadikan maklumat peribadi tersedia secara komersial kepada mana-mana pihak ketiga, kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis ini atau dengan kebenaran anda terlebih dahulu.

4 Perkongsian dan pemindahan data peribadi anda

4.1 Pemindahan dalam rangkaian Pihak KPMG. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dalam rangkaian Pihak KPMG atau dengan entiti-entiti di luar rangkaian Pihak KPMG di mana tujuan pengumpulan data peribadi anda memerlukan kami, di mana perlu atau diingini untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami secara global.

4.2 Pemindahan kepada pihak-pihak ketiga. Kami tidak berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga, kecuali yang diperlukan untuk keperluan profesional dan perniagaan kami yang sah, sebagai jawapan kepada permintaan anda, dan/atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga yang termasuk:

  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau penasihat profesional, termasuk juruaudit, peguam, setiausaha syarikat dan perunding.
  • Mana-mana kontraktor, pembekal atau pihak ketiga yang memerlukan data peribadi anda untuk membantu kami mewujudkan, mengurus, mentadbir atau menamatkan hubungan perniagaan kami dengan anda, termasuk: pihak yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami dan pihak yang bekerjasama dengan kami dalam penyediaan produk atau perkhidmatan mereka kepada anda. Ini mungkin termasuk penyediaan teknologi maklumat dan perkhidmatan pemprosesan data tertentu kepada kami.
  • Pemproses pembayaran.
  • Jika perniagaan kami atau mana-mana bahagiannya dipindahkan kepada pihak ketiga menurut sebarang penyusunan semula atau penjualan, kami mungkin dikehendaki untuk menzahirkan data peribadi berkaitan dengan penjualan, penyerahan hak atau pemindahan lain mana-mana elemen perniagaan kami yang mana data peribadi berkaitan.
  • Mahkamah, tribunal, penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri, kerajaan atau badan kawal selia. Kami akan menzahirkan data peribadi untuk menjawab permintaan, arahan atau perintah mahkamah, tribunal, kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang atau jika perlu atau secara berhemat untuk mematuhi undang-undang yang terpakai (cth. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Lembaga Hasil Dalam Negeri), perintah atau peraturan mahkamah atau tribunal, atau peraturan kerajaan atau profesional.
  • Audit atau penyiasatan: penzahiran data peribadi juga mungkin diperlukan untuk pematuhan, privasi data atau audit keselamatan dan/atau untuk menyiasat atau bertindak balas terhadap aduan atau ancaman keselamatan.
  • Rakan kongsi perniagaan dan rangkaian gabungan.
  • Orang di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada kami.
  • Orang yang meminta maklumat sedemikian di bawah undang-undang.
  • Orang yang telah diberikan persetujuan anda.

4.3 Pemindahan ke luar Malaysia. Kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia sekiranya mana-mana pihak yang disebut dalam seksyen 4 ini berada atau mempunyai kemudahan pemprosesan di negara luar Malaysia.

Kami akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga tersebut terikat secara kontrak untuk melindungi data peribadi anda dan bahawa mereka hanya boleh memproses data peribadi anda di bawah arahan kami.

5 Keselamatan

Kami akan mengambil langkah yang sesuai untuk melaksanakan langkah keselamatan bagi melindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja kepada, atau pengubahan, penzahiran atau pemusnahan data peribadi anda. Walaupun kami telah memberikan usaha terbaik, namun, keselamatan data tersebut tidak boleh dijamin sepenuhnya terhadap semua ancaman. Dengan kemampuan terbaik kami, akses kepada data peribadi anda adalah terhad kepada mereka yang mempunyai keperluan untuk mengetahui dan pekerja kami yang mempunyai akses dikehendaki mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut. Jika pemprosesan data kami dijalankan oleh pihak ketiga, kami akan memerlukan mereka mematuhi piawaian kami.

6 Berapa lama data peribadi anda disimpan oleh kami

Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda bergantung kepada konteks iaitu di mana anda memberikannya dan tujuan kami menggunakannya. Data peribadi anda akan disimpan untuk tempoh yang semunasabahnya diperlukan untuk memenuhi tujuan yang diperlukan atau untuk tempoh yang mungkin perlu untuk melindungi kepentingan undang-undang kami. Kami akan memadamkan data anda jika kami tidak lagi mempunyai asas undang-undang untuk mengekalkannya.

7 Hak anda

Anda boleh meminta untuk melihat data peribadi yang kami mempunyai tentang anda dan, jika data peribadi itu tidak tepat, anda boleh meminta kami mengemaskininya. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel kepada kami di info@ziclegal.com. Sila berikan kami tempoh masa yang sesuai untuk memberikan jawapan dan mengemaskini sebarang perubahan. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan maklumat hubungan yang kami berikan di bawah pada bahagian Hubungi kami.

8 Memilih keluar

Jika anda tidak mahu kami menggunakan data peribadi anda untuk memberi anda penerbitan dan maklumat tentang perkhidmatan Zaid Ibrahim & Co., sila hantarkan e-mel kepada kami di info@ziclegal.com atau klik pautan nyahlanggan di bahagian bawah e-mel kami.

Dengan tidak memaklumkan kami atau berhenti melanggan, kami akan menganggap kami memperoleh kebenaran tersirat anda untuk menggunakan data peribadi anda seperti yang diterangkan di atas.

9 Semakan

Zaid Ibrahim & Co. berhak menukar Notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa disiarkan di laman web kami. Notis yang dipinda akan berkuat kuasa selepas kami memberikan notis kepada anda dan ini menggantikan versi terdahulu. Notis yang dipinda akan digunakan pada data peribadi yang anda berikan kepada kami sebelum ini. Sekiranya anda memberikan sebarang data peribadi selepas Notis ini telah dipinda atau sekiranya anda tidak menghubungi kami untuk mengemukakan sebarang bantahan terhadap Notis yang dipinda, kami beranggapan bahawa anda bersetuju dengan terma Notis yang telah disemak.

10 Hubungi kami

Sebarang pertanyaan atau permintaan mengenai Notis ini hendaklah ditujukan kepada Pegawai Kepatuhan Data Peribadi yang boleh dihubungi di info@ziclegal.com atau melalui telefon +603 2087 9999.

11 Konflik

Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Notis Bahasa Inggeris dan Notis Bahasa Malaysia yang sepadan, terma dalam Notis Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Notis ini dikemas kini kali terakhir pada 14 Mac 2024.

Untuk versi Bahasa Inggeris, sila klik di sini.